pakukarat
.....yang bisa dan menyakitkan...
Wednesday, June 27
Sepanjang 30 tahun aku berkhidmat dengan sebuah jabatan kerajaan inilah pengalaman paling menyakitkan dan mengecewakan aku.
Kereta ku ditenggelami banjir kilat semasa membuat liputan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang di segamat Johor pada Februari 2011.
Kereta yang ku jaga dengan baik selama 5 tahun menggunakannya musnah dalam sekelip mata demi bakti untuk jabatan dan negara.
Paling menyedihkan apabila dirujuk kepada Majlis Keselamatan Negara samada aku boleh mendapat bantuan, jawabnya hanya 'MANGSA BANJIR' yang layak.
Jadi aku ni apa ? Bukan mangsa banjir ke ? Atau aku sesaja nak tenggelamkan kereta tu ?
Ini lah pengalaman paling perit ku rasai.
Semasa proses mengundi aku terpaksa naik trak askar untuk balik ke pusat operasi kerana jalan dilalui tenggelam, dah lah sebelum tu basah kuyup meredah hujan lebat.
Tiada makanan kerana kebanyakkan kedai tutup sebab dah masuk air.
Malam tu terpaksa tidur dalam kereta bersama empat rakan setugas yang lain kerana laluan ke bandar Segamat tak boleh dilalui. Ada rakan yang tidur atas lantai dan meja di pusat operasi.Barang peribadi ditinggalkan dihotel penginapan dan datang semuala ambik selepas dua hari.
nak meneruskan kehidupan terpaksa beli kereta baru kerana tak sanggup nak menaggung besi buruk sepanjang hayat.
Ada orang kisah ke ?
Barang barang dihotel
Tuesday, June 26
Tak boleh cakap baik baik ke ?
Tak tau nak cakap apa ...
Kekadang aku pun pun tak faham, bagaimana individu yang dipilih oleh ribuan orang di Malaysia ni tak tau menghargai jasa baik orang dan tak tau nak hormat orang. Dah tua-tua dan belajar tinggi tu...tapi cakap macam orang tak pergi sekolah. Kalau mak aku kat kampung dengar pun dia menyampah.
Suka putarbelitkan fakta, persendakan perkara yang baik...langsung tak menunjukkan ilmiah dan ketinggian peribadi.
Kat dalam Dewan kena lah cakap yang baik baik untuk kebaikan rakyat sebab itu memang kerja kau orang, bukannya bertengkar macam budak budak dan merapu benda yang tak senonoh. Boleh ke beruang 'panda' disamakan dengan 'janda' untuk menarik pelancong? Agaknya dia memang suka bini atau anak dia jadi janda . Pas tu...pakai je jubah dan tudung labuh tapi cakap menengking-nengking. Itu ke wajah wanita muslimah ?
Orang kat luar sana mungkin tak tau sebab tak pernah tengok. Tapi aku dah muak dan meluat sebab tiap tiap hari kena tengok.
Itulah perangai Wakil Rakyat kita kat Parlimen.
Malangnya orang seperti ini yang kau orang semua pilih. Nak buat camna ? Terima ajelah walau tak suka sekali pun.....

Subscribe to:
Posts (Atom)